Pondok ialah satu sistem pengajian
tradisional ilmu-ilmu Islam,
Al Quran dan Bahasa Arab yang
menggunakan kitab-kitab yang muktabar karangan ulamak-ulamak terkenal di dalam
tulisan jawi dan Arab yang diajar secara talaqqi dari kalimah ke kalimah, bab
ke bab, kulit ke kulit, tanpa meninggalkan satu juzu’ daripada kitab tersebut,
tahap demi tahap. Pencapaiannya adalah
sejauh mana para pelajar dapat membaca, menghafal dan memahami teks dari kitab-kitab
muqarrar (silibous) dan berkebolehan memahami teks dari kitab-kitab yang lain.
Sejarah pondok bermula dikalangan
Ahlu Suffah yang tinggal di Masjib Anabawi di Madinah al munawarah, mereka
menumpukan perhatian mengambil pengajaran dan pembelajaran dari Nabi saw ketika
sahabat-sahabat Nabi yang lain keluar bekerja. Tokoh- tokoh yang lahir
dikalangan mereka ialah seperti Abu
Hurairah ra.
Pondok Hidayatullah adalah Institusi Pendidikan
Ilmu-Ilmu Islam yang berorientasikan sistem pondok dan diterampilkan dalam
bentuk moden dengan mengekalkan sistem pengajian pondok tradisi serta tempat
beramal dan beribadah kepada Allah SWT, khasnya warga emas.
Pengajiannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat
tanpa mengira usia pelajar tersebut. terletak di Lot 1170 Tanjung Kepah Batu 8
Lekir, 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan.
Pondok ini ditadbir urus oleh Ahli Lembaga Persatuaan
Jami’yah Raudhoh As Solihin yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (ROC) dan
dipengerusikan oleh Ustaz Hamid bin Hassan.
>> Prakata Mudir / Pengerusi
>> Ahli Jawatankuasa Pentadbiran
>> Misi dan Visi
>> Lokasi
>> Sejarah Awal dan Objektif
>> Perancangan dan Maklumat
>> Galeri dan Kegiatan
>> Berita Pondok
>> Warga Pondok




